Nak pergi ke Iran? Biar betul? Tak bahaya ke? Ini adalah soalan dan ayat-ayat yang tidak dapat dielakkan apabila kita kata kita nak ke Iran. Penuh dengan skeptikal dan biasanya adalah negatif. Namun atas tuntutan melaksanakan amanah tugas, saya tetap bertekad pergi ke Iran baru-baru ini bersama ketua jabatan dan timbalan ketua jabatan bagi tujuan kolaborasi antarabangsa. Alhamdulillah perjalanan di Iran, kami tidak mengalami masalah sama sekali dan tidak pernah…










