BETUL kata orang, minat datang secara semula jadi dan ada juga timbul apabila dipupuk melalui pemerhatian ataupun pengalaman. Itulah laluan Nurshahida Mohd. Hamidon yang meminati dunia peragaan sejak berusia 15 tahun. Sejak di bangku sekolah, anak kelahiran Ijok, Selangor yang mesra dengan sapaan Aurora diperkenalkan dengan dunia peragaan oleh bapa saudaranya. Langkah pertamanya adalah menghadiri sesi penggambaran bersama majalah Pengantin. Sempurna penampilannya berada di hadapan kamera dengan susuk yang…










