Ikea tamatkan perkhidmatan 7,500 pekerja menjelang 2020 - Utusan Malaysia

Ikea tamatkan perkhidmatan 7,500 pekerja menjelang 2020

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

STOCKHOLM 21 Nov. – Syarikat perabut terbesar Sweden, Ikea memaklumkan rancangan menamatkan perkhidmatan 7,500 pekerja di seluruh dunia menjelang 2020.

Pelan itu melibatkan terutamanya pekerja di bahagian pejabat dalam usaha penstrukturan semula syarikat bagi memfokuskan perniagaan secara e-dagang dan kedai lebih kecil di pusat-pusat bandar.

Penamatan perkhidmatan itu dijangka menjejaskan hampir lima peratus kakitangan di Ingka Holdings, syarikat induk kumpulan Ikea.

Ikea mempunyai sebanyak 367 kedai di 30 negara seluruh dunia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×