TULAR dalam media sosial berkenaan kenyataan seorang bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berkenaan suasana hak asasi manusia Malaysia yang dikatakan sangat kritikal dan parah. Tegas individu itu, Malaysia sarat dengan senario pemaksaan penukaran agama, tempat beribadat diruntuhkan dan sesuatu kaum tidak menikmati manfaat melalui polisi dan dasar kerajaan. Kenyataan enam tahun dahulu ini disampaikan kepada sebahagian Ahli Parlimen di Belanda sebagai kaedah mendapat sokongan agar Malaysia dikutuk dan dihina…










