KUALA LUMPUR 23 Nov. – Setelah mendapat tentangan pelbagai pihak, kerajaan akhirnya akur kepada kehendak rakyat yang mendesak agar Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) tidak diratifikasikan. Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki walau bagaimanapun berkata, pihaknya tetap mendesak agar kerajaan memberikan jaminan untuk lebih berhati-hati sekiranya wujud sebarang desakan lain untuk meratifikasi lima lagi Konvensyen Antarabangsa di bawah instrumen Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Katanya, selain ICERD, kerajaan juga perlu memberi jaminan untuk tidak meratifikasi Kovenan Antarabangsa Hak Sivil dan Politik (ICCPR).…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya