KUALA LUMPUR 23 Nov. – Turun dengan misi ‘hidup mati’, skuad Harimau Malaya telah bersedia untuk membenam Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok. Sedar hanya kemenangan mampu membawa pasukan negara ke pentas separuh akhir Piala AFF 2018, pengendali pasukan, Tan Cheng Hoe optimis anak buahnya mampu merealisasikan misi berkenaan. Tambah bekas jurulatih Kedah itu, dia telah merangka strategi terbaik untuk memerangkap Myanmar dan tetap percaya dengan barisan pemain sedia…










