Himpunan ICERD tak timbulkan kebencian - Hasni - Utusan Malaysia

Himpunan ICERD tak timbulkan kebencian – Hasni

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Himpunan membantah ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak bertujuan membangkitkan sentimen kebencian sesama kaum.

Pengerusi Badan Pehubungan UMNO negeri, Datuk Ir. Hasni Mohamad berkata, perhimpunan itu hanya mahu menyatakan supaya perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Negara tidak perlu diungkitkan.

Katanya, sudah dijelaskan perhimpunan berkenaan sebagai satu perhimpunan atas rasa terima kasih kepada kerajaan untuk mengambil langkah tidak mengesahkan ICERD.

“Perhimpunan ini…tidak saya kira boleh digambarkan dengan andaian akan tercetusnya perkauman…tiada apa pun. Kita sudah ada banyak perhimpunan dan tidak ada langsung ia (perhimpunan 8 Disember) menggambarkan bertujuan membangkit sentimen kebencian kita tetapi hanya dengan jelas menyatakan perkara yang terkandung dalam perlembagaan, tidak usahlah diungkit-ungkitkan,” katanya dalam sidang akhbar selepas pembentangan Belanjawan Johor 2018 di Kota Iskandar, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan sesetengah pihak supaya perhimpunan tersebut tidak diteruskan berikutan isu rusuhan yang berlaku di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya, Selangor. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN