ALOR SETAR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan dua pemain import baharu kuota Asia dan ASEAN yang akan menyarung jersi skuad Helang Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia tahun depan. Naib Presidennya, Anas Hafiz Mustafa berkata, dua pemain yang sah bersama mereka itu ialah Muhammad Shakir Hamzah, 26, dari Singapura serta Anmar Fares Abdul Jabar Almubaraki, 27, dari Basra, Iraq. “Muhammad Shakir sebelum ini bermain di posisi pertahanan pasukan…










