PARIT BUNTAR 4 Nov. – Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa), Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim menegaskan beliau tidak akan melepaskan jawatannya walaupun didesak oleh penyokong pasukan Perak. HASNUL ZULKARNAIN Menurutnya, bagaimana pun jika Menteri Besar, Ahmad Faizal Azumu memberikan arahan supaya berundur, beliau akan akur. Katanya, satu mesyuarat Pafa akan diadakan pada Khamis ini bagi membincangkan perkara tersebut untuk ahli gabungan membuat keputusan mengenai isu tersebut. “Buat masa ini saya tidak berhasrat untuk berundur daripada menerajui Pafa kerana saya masih menerima mandat daripada ahli gabungan. Saya telah meminta maaf kepada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya