Hafizh gembira kuasa jentera KTM RC16 - Utusan Malaysia

Hafizh gembira kuasa jentera KTM RC16

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUASA pecutan terbaik jentera KTM RC16 yang menjadi taruhan Tech 3 dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) pada musim depan menggembirakan pelumba muda negara, Hafizh Syahrin Abdullah.

Biarpun sempat melakukan 20 pusingan pada sesi ujian pertama di Litar Ricardo Tormo, Valencia kelmarin, namun ia sudah memadai bagi pelumba berusia 24 tahun itu merasai pengalaman pertama menunggang jentera RC16 itu.

“Buat masa ini saya merasakan jentera ini sangat baik dari segi kawalan. Kuasa pecutan RC16 juga sangat hebat.

“Secara keseluruhan saya sangat berpuas hati dan tidak sabar untuk terus menguji jentera ini selain bekerja keras untuk mendapatkan pelarasan yang lebih sempurna,” kata Hafizh dalam satu kenyataan semalam.

Pada musim 2019, Tech 3 akan menggunakan jentera KTM selepas menamatkan kerjasama selama 18 tahun dengan Yamaha.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN