Guru nekad terjun Parit Yaani - Utusan Malaysia

Guru nekad terjun Parit Yaani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT – Seorang guru sebuah sekolah menengah di Yong Peng, nekad terjun ke dalam parit bagi menyelamatkan mangsa kemala­ngan dalam kejadian di Jalan Parit Yaani, Sri Bengkal di sini semalam.

Kejadian pada pukul 7 pagi itu berlaku apabila guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Seth dikenali sebagai Kamarulzali sedang bersiap untuk ke sekolah sebelum terdengar bunyi kereta terjunam ke dalam parit di hadapan rumahnya.

Kemalangan itu mengakibatkan seorang lelaki, Muhamad Yahoor, 48, me­ninggal dunia manakala tiga anaknya yang berusia setahun hingga 11 tahun berjaya diselamatkan.

Difahamkan, mangsa dalam perjalanan menghantar dua anaknya ke sekolah berdekatan sambil ditemani seorang lagi anak yang berusia setahun.

Sementara itu, tindakan guru terbabit yang tular dalam media sosial mendapat pujian netizen selepas gambarnya yang berpakaian uniform Kadet Remaja Sekolah (KRS) dalam keadaan basah kuyup dikongsi pengguna.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×