KUALA LUMPUR 21 Nov. – Semua pihak dinasihatkan supaya menggunakan saluran yang betul dalam menyuarakan pendapat serta mematuhi segala peruntukan undang-undang, termasuk Akta Perhimpunan Aman 2012 sekiranya ingin mengadakan himpunan bantahan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD). Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, masyarakat juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang kenyataan atau bertindak dalam apa jua cara yang boleh mengganggu gugat keselamatan dan ketenteraman awam. “Dalam sebuah negara demokrasi, rakyat Malaysia berhak dan bebas untuk menyuarakan pendapat serta pendirian mereka mengenai isu ini. “Bagaimanapun, perkara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya