KUALA LUMPUR 2 Nov. – Kerajaan boleh menggunakan kad khas sebagai mekanisme pelaksanaan untuk memastikan tiada ketirisan berlaku dalam usaha menyalurkan subsidi petrol secara bersasar kepada golongan yang sepatutnya. Sebagai tambahan, pengusaha minyak juga perlu untuk meletakkan pekerja-pekerja dengan tujuan khas di stesen minyak masing-masing bagi mengesahkan kad yang digunakan pengguna adalah khas untuk kereta yang diberikan. Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi dan Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Nuradli…










