GSC lancar talian bantuan, basmi amalan cetak rompak digital - Utusan Malaysia

GSC lancar talian bantuan, basmi amalan cetak rompak digital

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) hari ini melancakan talian bantuan GSC Helpline.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Koh Mei Lee berkata, pelancaran tersebut dijalankan serentak di kesemua rangkaian pawagam GSC di seluruh negara dengan kerjasama Astro Shaw.

“Talian bantuan ini diwujudkan berperanan membantu pelanggan yang merupakan penonton pawagam untuk melaporkan salah laku yang dilakukan sewaktu filem ditayangkan.

“Ia secara tidak langsung dapat mengelakkan berlakunya amalak cetak rompak digital sekali gus menjejaskan industri perfileman negara,” katanya pada sidang akhbar selepas perasmian talian bantuan GSC di sini sebentar tadi.

Turut hadir, Ketua Astro Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad dan barisan pelakon filem Polis Evo 2 iaitu Zizan Razak, Shaheizy Sam dan Hasnul Rahmat.

Menurut Mei Lee, usaha tersebut juga bagi mendidik rasa tanggungjawab kepada penonton untuk sama-sama membantu menjayakan industri filem negara.

“Talian bantuan GSC ini memudahkan penonton untuk melaporkan apa sahaja bentuk kesalahan yang dilakukan orang ramai ketika menonton wayang termasuk merakam klip video secara haram dan melakukan sesuatu perbuatan yang menggangu-gugat keselesaan penonton lain,” ujarnya.

Orang ramai boleh melayari laman web www.gsc.com.my atau di media social Facebook, www.facebook.com/GSCinemas untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai usaha tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN