MADRID 7 Nov. – Penyerang Atletico Madrid, Antoine Griezmann gembira apabila berjaya menjaringkan gol selepas pasukannya berjaya menewaskan Borussia Dortmund dalam saingan Liga Juara-Juara, awal pagi tadi. Kejayaan 2-0 ke atas Dortmund itu sekali gus meletakkan Atletico dalam keadaan terbaik untuk ke saingan kalah mati kejohanan itu. “Kami mahu beraksi dengan baik terutama selepas apa yang mereka lakukan kepada kami di Jerman dan kami belajar daripada kesilapan sebelum ini. “Kami memberikan jawapan yang baik, ada beberapa pemain mengalami kecederaan tetapi pasukan ini tetap beraksi dengan baik seperti biasa. Kami adalah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya