COPENHAGEN 22 Nov. – Google akan melabur hampir AS$700 juta (RM2.9 bilion) dalam pusat data Denmark yang dikuasakan tenaga hijau didorong oleh kepentingan syarikat tenaga intensif di rantau Nordic itu. Google juga bakal menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) untuk pusat data Denmark baharu bagi memastikan ia dikuasakan oleh tenaga boleh diperbaharui (RE). Menurut Google, pusat data baharu itu terletak di bandar kecil Fredericia melibatkan kos sebanyak AS$689 juta (RM2.8 bilion)…










