ASUNCION 30 Nov. – Badan pentadbiran Bola Sepak Amerika Selatan, Conmebol mengesahkan aksi final kedua Superclasico Copa Libertadores antara seteru lama River Plate dan Boca Juniors yang terpaksa ditunda dua kali akan berlangsung di Stadium Santiago Bernabeu pada 9 Disember ini. Keputusan itu menyaksikan, Conmebol menolak rayuan Boca untuk dianugerahkan trofi tanpa bermain ekoran serangan penyokong River ke atas bas pasukan Boca sehingga menyebabkan ada pemain yang ditimpa kecederaan akibat tingkap yang pecah dan terhidu asap. – AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya