SEAWAL pukul 5 petang, Nuriklima Mohd. Samawi, 26, bersama tiga rakannya yang lain sudah berada pekarangan Pusat Konvensyen Setia City di Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Kunjungannya ke pusat konvensyen pada hari minggu itu adalah untuk bersama peserta lain bagi memeriahkan acara Get Active Festival 2018. Jelas Nuriklima yang tinggal di Pelabuhan Klang, Selangor, dia sememangnya gemar menyertai acara yang berkaitan dengan kecergasan. “Saya mengetahui tentang acara ini melalui laman sosial Facebook. Saya kemudiannya mendaftar untuk menyertai acara ini bersama tiga rakan yang lain. “Bagi saya, acara ini sesuatu yang…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya