FA beri amaran kepada Guardiola - Utusan Malaysia

FA beri amaran kepada Guardiola

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 22 Nov.- Pengendali Manchester City, Pep Guardiola diberi amaran rasmi oleh Persatuan Bola Sepak Inggeris (FA) susulan komennya terhadap pengadil, Anthony Taylor sebelum perlawanan menentang Manchester United, minggu lalu.

Guardiola didakwa telah melanggar peraturan FA apabila membincangkan mengenai kesesuaian pelantikan pegawai perlawanan itu yang berasal dari pinggiran Manchester.

Walaupun Guardiola menyokong Taylor dan menolak sebarang potensi berat sebelah, mana-mana pengurus pasukan tidak dibenarkan bercakap mengenai pengadil sebelum perlawanan.

Terdahulu, pengurus Manchester United, Jose Mourinho telah didenda AS64,000 (RM267,000) pada November 2016 kerana bercakap mengenai Taylor menjelang perlawanan dengan Liverpool.

Walaupun, dia mengetahui peraturan itu dan sudah diberikan amaran atas kesalahan sama ketika bergelar jurulatih Chelsea.

Bagaimanapun Guardiola terlepas daripada sebarang bentuk hukuman kerana ia merupakan kesalahan pertama dan komennya turut dianggap sebagai neutral.

“Pengadil tidak mahu melakukan kesilapan kerana beliau tahu semua orang di dunia menyaksikannya. Jika beliau peminat United atau City, semua orang boleh menjadi peminat atas apa saja yang mereka mahukan jadi ia bukan masalah,” kata Guardiola.

Taylor telah menerima pujian susulan prestasi cemerlangnya dalam mengendali perlawanan itu yang menyaksikan pendahulu Liga Perdana Inggeris, City menang 3-1. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN