JOHOR BAHRU 22 Nov. – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) hari ini memberi amaran kepada ahli Exco kerajaan negeri yang gagal menjalankan tugas dengan memuaskan bakal berdepan tindakan, termasuk digantikan. Baginda bertitah, sebagai pemerintah dan ketua negeri, baginda juga diberikan hak serta kuasa dalam Perlembagaan negeri untuk melantik Menteri Besar dan ahli Exco dalam kalangan wakil rakyat yang dipilih. Baginda menegaskan, walaupun barisan kepemimpinan negeri telah bertukar, namun…










