PUTRAJAYA – Empat individu yang menyamar sebagai pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) direman di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes meminta suapan sebanyak RM2 juta untuk menyelesaikan kes melibatkan seorang individu berpangkat Datuk Seri. Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan membenarkan permohonan reman SPRM selama enam hari bermula semalam hingga 15 November depan. Terdahulu, keempat-empat suspek ditahan antara pukul 3 petang hingga 8.15 malam semalam selepas SPRM mendapat aduan daripada mangsa. “Tiga suspek yang berusia antara 33 hingga 49 tahun ditahan di sebuah kelab golf terkemuka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya