Empat cedera diserang babi hutan - Utusan Malaysia

Empat cedera diserang babi hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBERANG PERAI – Sekurang-kurangnya empat penduduk Kampung Padang Cempedak, Tasek Gelugor di sini ce­dera akibat diserang seekor babi hutan di kawasan perkampungan itu kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 6.20 petang itu bermula apabila seekor babi berwarna hitam muncul dari kawasan semak dan menyondol motosikal ditunggang seorang penduduk, Asmawati Hassan, 35.

Ketika kejadian, Asmawati membawa anak bongsunya berusia setahun lima bulan bersiar-siar di kawasan kampung.

Insiden itu menyebabkan motosikal yang ditunggang mangsa terbalik dan dua beranak itu terjatuh di atas jalan sebelum babi yang dianggarkan sebesar anak lembu itu menyondol mereka.

Seorang penduduk, Wan Idris Wan Ismail, 60-an yang sedang memotong rumput di kawasan itu cuba membantu kedua-dua mangsa tersebut, namun dia pula disondol haiwan liar itu dalam tempoh beberapa minit sebelum ia melarikan diri.

Menceritakan detik cemas tersebut, Asmawati berkata, setelah di­serang babi tersebut, dia segera me­ngangkat anaknya dan meluru masuk ke dalam rumah seorang penduduk di situ bagi menyelamatkan diri.

“Saya dan anak saya mengalami luka pada badan dan menerima rawatan di Hospital Kepala Batas tetapi pak cik itu (Wan Idris) cedera teruk dan difahamkan dia perlu menjalani pembedahan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN