Eksport tepung guarana ke China - Utusan Malaysia

Eksport tepung guarana ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Pengusaha ta­naman guarana, Ritz Corporation Holding Bhd. (Ritz Corp.) di­jangka mula mengeksport tepung yang dihasilkan daripada bahan itu ke China mulai Mac 2019.

Pengarah Urusannya, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, usaha itu dibuat menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat dari China, Creation Way (China) Holding Ltd. (Creation Way) bagi bagi membekalkan sehingga 63,500 metrik tan tepung guarana sebulan ke negara tersebut.

“Perjanjian ini akan memberi ­pula­ngan kira-kira RM154 juta sebulan kepada syarikat.

“Kami yakin mampu memenuhi permintaan ini kerana mempunyai sebuah kilang berkapasiti tinggi di utara yang mampu memproses biji guarana menjadi tepung,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di Balai Undang Luak Johol dekat sini semalam.

Pada majlis itu, Ibrahim telah mewa­kili Ritz Corp., manakala Creation Way diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yu Chi Leung.

Turut hadir, Undang Luak Johol, Datuk Johan Pahlawan Lela Perkasa Sitiawan, Datuk Muhammed Abdullah.

Menurut Ibrahim, guarana adalah sejenis pokok herba berbuah yang berasal dari Venezuela serta utara Brazil.

“Tepung guarana yang bebas gluten serta mempunyai kandungan tinggi zat besi dan kalsium mempunyai kegunaan yang sama dengan tepung gandum.

“Harganya sekitar RM2.80 sekilo bagi pasaran tempatan,” jelasnya.

Beliau menambah, pihaknya telah diberi lesen eksklusif dari Brazil untuk menanam pokok guarana di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN