KUALA PILAH – Pengusaha tanaman guarana, Ritz Corporation Holding Bhd. (Ritz Corp.) dijangka mula mengeksport tepung yang dihasilkan daripada bahan itu ke China mulai Mac 2019. Pengarah Urusannya, Datuk Ibrahim Yahaya berkata, usaha itu dibuat menerusi pemeteraian perjanjian persefahaman (MoU) dengan syarikat dari China, Creation Way (China) Holding Ltd. (Creation Way) bagi bagi membekalkan sehingga 63,500 metrik tan tepung guarana sebulan ke negara tersebut. “Perjanjian ini akan memberi pulangan kira-kira…









