Edi Rejang beri keterangan malam tadi - Utusan Malaysia

Edi Rejang beri keterangan malam tadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – Individu yang memaki gadis jurujual minuman keras di sebuah pasar raya di Ampang telah hadir memberi keterangan kepada pihak polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, lelaki itu hadir memberi keterangan malam tadi di Ibu pejabat Polis Ampang Jaya, di sini.

“Ya, dia (Edi Rejang) telah hadir memberi kenyataan malam tadi dan kita sedang melengkapkan kertas siasatan sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini.

Semalam, Hamzah memberitahu sebanyak 32 laporan polis telah dibuat terhadap Edi Rejang kerana perbuatannya itu.

Jelasnya, kes kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana perbuatan mengaibkan kehormatan.

Isnin lalu, sebuah video tular di laman sosial memaparkan seorang individu yang dikenali sebagai Edi Rejang mengganggu seorang gadis jurujual minuman beralkohol di bahagian tidak halal di sebuah pasar raya.

Sikap lelaki berkenaan yang memaki dan menunjukkan isyarat lucah terhadap gadis tersebut turut dianggap warganet sebagai kurang ajar dan tidak wajar.

Dalam video kurang 45 saat itu, gadis berkenaan yang melakukan promosi air minuman beralkohol di bahagian tidak ditanggung halal kelihatan tenang berhadapan dengan provokasi yang dilakukan lelaki tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN