Dua maut nahas tiga motosikal - Utusan Malaysia

Dua maut nahas tiga motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA – Dua remaja lelaki maut apabila motosikal yang ditunggangi secara berasingan terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga buah motosikal dan sebuah lori tangki di Jalan Tangga Batu-Bukit Rambai di sini semalam.

Kejadian pada pukul 3.43 pagi itu mengorbankan Muhammad Nazri Ramli, 16, dari Bukit Darat, Tanjung Kling di sini dan Muhammad Rosyam Mohd. Bani, 16, yang beralamat di Taman Peruna, Sungai Udang.

Kedua-dua mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 itu mengalami kecede­raan parah pada kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Seorang lagi penunggang motosikal, Amir Amirul Muhammad Fauzi, 18, yang datang dari arah bertentangan patah paha kanan dan tangan kanan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian motosikal yang ditunggangi kedua-dua si mati memotong lori tangki yang bergerak dari arah sama menghala ke Tangga Batu.

“Berlaku dentuman kuat selepas kedua-dua buah motosikal melepasi lori tangki tersebut. Pada masa sama sebuah motosikal jenis Honda dari arah bertentangan tidak sempat mengelak dua remaja tersebut yang terjatuh lalu melanggar mereka,” kata beliau ketika dihubungi semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×