Dortmund terus cengkam persada Bundesliga - Utusan Malaysia

Dortmund terus cengkam persada Bundesliga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DORTMUND – Jurulatih Borussia Dortmund, Lucien Favre melabelkan kemenangan 3-2 ke atas Bayern Munich pada aksi Bundesliga di Signal Iduna Park awal pagi semalam sebagai perlawanan ‘gila’.

Kemenangan tersebut menyaksikan Dortmund terus mengukuhkan kedudukan selaku pendahulu liga dengan perbezaan empat mata ke atas pasukan tangga kedua, Borussia Monchengladbach.

Favre menghamburkan pujian terhadap skuad kendaliannya itu, lebih-lebih lagi apabila berjaya bangkit sebanyak dua kali daripada ketinggalan, sekali gus mengutip tiga mata berharga.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tahniah kepada pemain-pemain saya kerana berjaya bangkit daripada ketinggalan sebanyak dua kali. Apa yang boleh saya katakan, kami berhak untuk menang walaupun Bayern menguasai perlawanan pada 30 minit pertama.

“Saya pernah menyaksikan permainan mereka tetapi belum pernah melihat mereka bermain mati-matian seperti itu. Saya lega kerana kami hanya ketinggalan 0-1 pada separuh masa pertama,” kata Favre.

Bekas pengendali Nice itu turut mengakui keputusan menggantikan Julian Weigl de­ngan Mahmoud Dahoud pada separuh masa pertama merupakan sesuatu yang tepat apabila Dahoud berjaya mengawal bahagian tengah bersama-sama Axel Witsel.

“Dahoud dan Witsel berjaya menguasai bahagian tengah pada separuh masa kedua. Saya akui kemasukannya merupakan salah satu faktor kemenangan kami pada hari ini (semalam),” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×