Domino's Pizza kembangkan perniagaan di Kota Kinabalu - Utusan Malaysia

Domino’s Pizza kembangkan perniagaan di Kota Kinabalu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU 21 Nov. – Domino’s Pizza merancang membuka dua lagi cawangan di Kota Kinabalu menjelang akhir tahun, sebagai tambahan kepada tiga lagi cawangan di Penampang, Inanam dan Riverson yang telah beroperasi sejak September, kata Ketua Pegawai Operasinya bagi Malaysia dan Singapura Ba U Shan Ting.

“Kami akan buka dua lagi kedai, satu di Pusat Teknologi dan Komersial Antarabangsa di Penampang, dan satu lagi di Sulaman. Jadi, akan terdapat sebanyak lima kedai di Kota Kinabalu menjelang akhir tahun,” katanya kepada pemberita selepas perasmian cawangan Riverson oleh Naib Presiden Serantau Domino’s Pizza International Asia Pasifik, Steven Pizziol di sini, hari ini.

Ba juga berkata syarikat menjangka untuk membuka lebih banyak cawangan, termasuk di daerah lain dan telah melabur kira-kira RM4 juta untuk menjalankan analisis pasaran, pembangunan infrastruktur, bakat dan teknologi di Sabah.


Beliau berkata syarikat juga merancang mengembangkan sayapnya ke Sarawak dalam waktu terdekat.

Sementara itu, Pizziol berkata Malaysia ialah antara 15 pasaran utama Domino’s Pizza’s seluruh dunia, dan menurutnya syarikat berada di kedudukan pertama dalam menawarkan perkhidmatan makanan pizza menerusi 15,000 cawangan di 85 negara dan menyasarkan untuk mempunyai 25,000 cawangan di peringkat global menjelang 2025. – BERNAMA



Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×