KUALA LUMPUR 23 Nov. – Suami kepada seorang pengasuh dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kajang dekat sini hari ini atas tuduhan membunuh bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara, dua minggu lalu. Hazmi Majid, 36, hanya mengangguk tanda faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah. Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi. HAZMI Majid…










