SERDANG – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan sedang dalam kajian bagi merangka Dasar Agro Makanan Negara 2021-2030 yang bertujuan memacu pemodenan sektor agro makanan.
Beliau berkata, Dasar Agro Makanan 2.0 itu penting bagi menjadikan sektor makanan negara lebih berdaya saing seiring ledakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).
Katanya, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2018) diharap mampu menjadi penggalak kepada penggunaan teknologi-teknologi baharu dalam sektor agro makanan.
“Pelbagai insentif dan peruntukan telah disediakan untuk menarik lebih ramai agropreneur muda dalam sektor agro makanan selain menceburi bidang pertanian yang mampu menyemai semangat keusahawanan.
“Justeru, pembangunan usahawan belia tani sebagai pelopor sektor agro makanan perlulah seiring dengan perkembangan permintaan sumber bekalan makanan pada masa akan datang agar dapat menjadi pelapis kepada petani, penternak dan nelayan hari ini,” katanya pada majlis perasmian MAHA 2018 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










