KUALA PILAH 4 Nov. – Dapur sebuah rumah penduduk roboh akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pelangai Hilir dekat sini kira-kira pukul 2 pagi tadi. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Khairul Abd. Aziz berkata, kejadian itu berlaku susulan hujan lebat di daerah ini sejak petang semalam. “Tanah lereng bukit setinggi kira-kira 30 meter di belakang rumah itu runtuh sebelum menghempap dapur rumah itu sehingga roboh. “Jarak antara lereng bukit dengan rumah itu cuma kira-kira empat meter,” katanya ketika dihubung di sini hari ini. Khairul berkata, tiada kemalangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya