DAP tidak bawa isu ICERD - Lim Guan Eng - Utusan Malaysia

DAP tidak bawa isu ICERD – Lim Guan Eng

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 22 Nov. – DAP tidak pernah membawa isu Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) supaya diratifikasikan di negara ini.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tuduhan terhadap beliau dan bapanya serta parti tersebut dilihat bertujuan untuk membakar sentimen perkauman dan kebencian dalam kalangan masyarakat.

“Saya rasa semua orang pun tahu bahawa isu ICERD tidak dibangkitkan oleh pihak kami daripada DAP, siapa yang membangkitkan itu bukan kamilah.

“Itu sentimen perkauman yang cuba dibakar, kita tidak timbul langsung perkara ini dan pihak berkenaan cuba mengaitkan DAP atas tujuan politik mereka,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.

Semalam, Pengerusi Gabungan NGO Gagasan Kuasa Tiga (G3), Raggie Jessy mendakwa isu ICERD merupakan agenda tersembunyi DAP yang dibawa oleh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bagi menghapuskan hak istimewa orang Melayu-Islam di negara ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×