SHAH ALAM – Selangor menjadi negeri pertama melaksanakan pendaftaran kad MyRadha’ah (susuan) khas untuk ibu dan anak susuan menerusi Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertujuan mengelakkan masalah kekeliruan nasab atau keturunan.
Pengarah JAIS, Datuk Haris Kasim berkata, pihaknya mengambil insiatif itu supaya tidak berlaku perkahwinan sesama adik-beradik susuan selain menjaga keturunan orang Islam melalui pernikahan.
“Wanita yang mempunyai anak susuan boleh mendaftar untuk mendapatkan kad MyRadha’ah. Kad itu akan digunakan ketika mengisi borang perkahwinan pada masa akan datang.
“Kita akan semak (rekod) jika anak-anak susuan berkenaan ada pertalian dengan bakal pengantin masing-masing atau tidak sebelum pernikahan dapat dijalankan,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Simposium Radha’ah 2018 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










