RELUNG mata penyanyi bersuara emas, Ziana Zain terlihat sinar bahagia. Tidak pernah sekali dia lupa mengukir senyuman walaupun soalan yang ditanya oleh rakan media mungkin mengundang lara di hati. Awalnya dia seakan-akan enggan untuk ditemu bual. Mungkin bagi dirinya, sudah tiada lagi madah bicara untuk dikongsi. Segala-gala cerita duka, ditanam di dalam hatinya. Namun selepas dipujuk dirayu, dia mengalah. Tenang menghirup udara mengosong minda untuk seketika, perlahan-lahan dia menyusun kata-kata menjadi jawapan. Membuka gelanggang bicara, soalan terarah bagaimana kehidupan selepas dia melalui satu episod hitam dalam diari hidupnya? Di mana…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya