KETUA jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek menyifatkan keputusan anak didiknya, Datuk Lee Chong Wei kembali mewarnai sukan badminton adalah satu kejutan dan berita gembira untuk peminat di seluruh dunia. Misbun percaya hanya kegembiraan di gelanggang sahaja dapat mengubati setiap kesakitan dihidapi oleh jaguh badminton itu yang kini telah sembuh daripada barah hidung tahap satu. “Peminat-peminat semua rindu dengan corak permainan dia di gelanggang. Saya percaya apabila ilmu badminton…










