KUALA LUMPUR 11 Nov. – Bermain di laman sendiri boleh menjadi motivasi atau pun tekanan buat pemain Malaysia dalam pertemuan dengan Laos dalam perlawanan kedua Kumpulan A Piala AFF 2018 di Stadium Nasional, Bukit Jalil esok. Pemain Harimau Malaya pastinya akan diberikan sokongan oleh penyokong sendiri manakala bermain di padang sendiri juga adalah satu kelebihan, namun semua itu akan berubah menjadi satu bentuk tekanan jika mereka gagal mempamerkan permainan seperti…









