‘Chelsea
tidak minat buru gelaran’ - Utusan Malaysia

‘Chelsea
tidak minat buru gelaran’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 27 Nov. – Pemain tengah Chelsea, Eden Hazard berkata, pasukannya hanya berminat untuk mengekalkan kedudukan dalam kelompok empat terbaik berbanding mengejar gelaran Liga Perdana Inggeris, musim ini.

Ketika ini Blues masih dihantui dengan kekalahan pertama mereka dalam kancah Liga Perdana ketika menentang Tottenham, Sabtu lalu.

Keputusan itu menyebabkan Chelsea berada di tangga keempat dengan 28 mata selepas 13 perlawanan, ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu Man­chester City.

“Saya berpendapat Chelsea kini hanya memikirkan untuk menamatkan musim di kelompok empat teratas dan bukannya untuk memburu gelaran juara.

“Kami sedar, jurang permainan antara City dan Chelsea tidaklah terlalu jauh, tetapi mereka kini diakui bermain lebih bagus. Di bahagian mana menunjukkan City lebih baik? Sebenarnya banyak perkara yang boleh diperkatakan.

“Setiap kali City memiliki peluang, mereka pasti menjaringkan gol, mungkin di bahagian pertahanan mereka lebih baik. City juga mempunyai ramai pemain berkualiti dan terdiri dalam kalangan pemain ternama.

EDEN HAZARD (kanan) menyifatkan Chelsea tidak berminat untuk memburu
EDEN HAZARD (kanan) menyifatkan Chelsea tidak berminat untuk memburu 

“Mereka juga mempamerkan persembahan secara konsisten. Terus mencipta kemenangan? Itu sudah tentu. Mereka berada pada momentum terbaik sejak tahun lalu dan kami perlu bangkit serta beraksi sebaik City,” kata Hazard.

Sebelum ini, Chelsea dikatakan antara pasukan yang mampu menjadi pencabar gelaran liga musim ini, namun, prestasi yang membimbangkan kelab itu membuatkan mereka mungkin terpaksa bekerja keras bagi memastikan slot Liga Juara-Juara kekal milik Blues. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN