Castrol Power 1 fomula baharu untuk motosikal - Utusan Malaysia

Castrol Power 1 fomula baharu untuk motosikal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov- Castrol Malaysia telah melancarkan Castrol Power 1 dengan empat pilihan yang baru bagi menepati keperluan khusus motorsikal.

Memahami kepentingan kelancaran pecutan terhadap para penuggang, rangkaian Castrol Power 1 baru disediakan untuk memberikan prestasi terbaik yang berterusan kepada penunggang pelbagai jenis

motorsikal yang berdepan dengan cabaran keadaan trafik yang sentiasa berubah.

Menurut Pengarah Pemsaran Castrol Malaysia, Keow Mei Shan, hasil teknologi baharu dan spesifikasi yang telah dipertingkatkan mampu memperhebatkan lagi prestasi kenderaan pengguna.

“Castrol Power 1 dengan menggunakan teknologi Power Release akan memberi kesan geseran yang optimum untuk memberikan pecutan yang lebih pantas dan hebat dalam setiap pulasan pendikit.

“Dalam ujian pecutan 5.2 kilometer 3-peringkat menggunakan enjin supersports 101kW 4-silinder, Castrol Power 10W-40 baru adalah 6.6 saat lebih pantas berbanding pesaing 10W-40 dan 2.8 saat

lebih pantas berbanding formulasi terdahulu,” katanya di majlis pelancaran Castrol Power 1 baru-baru ini.

Castrol Power 1 Scooter dengan menggunakan teknologi Scootek pula menawarkan pecutan hebat dengan setiap sentuhan pada pendikit manakala Castrol Power 1 Cruise dengan Power dengan teknologi Sustain,

berupaya mengendalikan haba dan geseren dalam motorsikal berkuasa tinggi dan memberikan tenaga berterusan ketika penunggangan jarak jauh.

Mei Shan berkata, Castrol Malaysia sentiasa berkembang untuk sejajar dengan keperluan pengguna dan Castrol Power 1 merupakan hasil daripada inisiatif ini.

“Yang paling utama adalah fokus kami untuk terus menawarkan yang terbaik – sama ada rangkaian serba baru atau penambahbaikan formula, ia dijana menerusi bertahun-tahun pengalaman sert

penyelidikan yang menyeluruh,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN