BUTTERWORTH 9 Nov. – Seorang buruh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan seks luar tabie di sel pusat tahanan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Kampung Selamat bulan lalu. M. Nadarajah membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunos. Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 47 tahun itu didakwa meliwat mangsa yang berusia 22 tahun pada pukul 12.05 pagi 25 Oktober lalu ketika ditahan di dalam sel itu atas kesalahan memasukkan dadah ke dalam badan. Pendakwaan di bawah Seksyen 377 C Kanun Keseksaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya