Buah kelapa, Buah Rasmi MAHA 2018 - Utusan Malaysia

Buah kelapa, Buah Rasmi MAHA 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 20 Nov. – Buah kelapa yang mempunyai pelbagai kegunaan terpilih sebagai ‘buah rasmi’ sepanjang Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (MAHA) 2018 kali ini.

Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Ishak Ismail berkata, buah tersebut dipilih kerana ia kini menjadi salah satu daripada komoditi yang disenaraikan sebagai “sumber rezeki baharu” kepada rakyat dan negara ini amnya.

“Jadi sepanjang MAHA, buah ini akan menjadi daya tarikan utama kerana kita menyediakan pelbagai aturcara di bawah Program Coconut Street yang melibatkan penggunaan buah kelapa ini.

“Ini termasuklah penggunaannya sebagai makanan, minuman malah kosmetik, ubat-ubatan dan kraftangan,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Ishak berkata, pengunjung akan didedahkan dengan begitu banyak maklumat terkini mengenai kelapa yang mempunyai pasaran yang sangat meluas sehingga ke peringkat antarabangsa.

“Selain diadakan pelbagai demo masakan oleh chef terkenal seperti Chef Datuk Dr. Fazly, Sheila Rusly dan Raja Azura, kita ada acara menganyam ketupat, kukur kelapa dan persembahan tradisional cempuling,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN