Bonucci diejek penyokong Itali - Utusan Malaysia

Bonucci diejek penyokong Itali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MILAN 20 Nov. – Pertahanan Italy, Leonardo Bonucci tidak kisah jika dirinya diejek ketika beraksi bersama kelabnya iaitu Juventus namun bukan sewaktu menyarung jersi skuad kebangsaan Itali.

Bonucci meninggalkan AC Milan selepas setahun beraksi sebelum kembali ke pangkuan Juve pada Ogos lalu diejek oleh segelintir penyokong Itali ketika dia kembali beraksi di venue keramat Milan, Stadium San Siro bersama Azurri menentang Portugal dalam perlawanan Liga Negara-Negara Eropah yang berkesudahan seri tanpa jaringan, Sabtu lalu.

“Saya berasa jengkel kerana apabila anda bermain untuk pasukan kebangsaa, ketepikan seketika isu atau konflik melibatkan kelab.

“Apabila saya berdepan dengan situasi ini ketika memakai jersi Juventus dan Milan, saya boleh terima. Malangnya, ini melibatkan skuad kebangsaan dan budaya kami perlu hadir ke stadium dan beraksi seperti biasa,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN