Boikot premis guna polistirena - Utusan Malaysia

Boikot premis guna polistirena

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Warga Wilayah Persekutuan disarankan supaya tidak me­ngunjungi kedai-kedai yang masih menggunakan polistirena dan plastik konvensional demi menjaga kelestarian alam sekitar.

Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata, pemain industri di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan telah lama diwajibkan menggunakan produk biodegradasi dalam urus niaga mereka.

Menurutnya, keputusan jemaah menteri pada Julai lalu juga bersetuju penggunaan produk biodegradasi diteruskan dan dikuatkuasakan di Wilayah Persekutuan sejak ia diperkenalkan pada 2016.

“Kerajaan harap ma­syarakat Wilayah Per­sekutuan akan menggunakan produk bio­degradasi sepenuhnya menjelang 2020.

“Penggunaan bekas polistirena dan straw plastik bukan sahaja menyebabkan pencemaran malah boleh mendatangkan pelbagai penyakit terutama­nya kanser,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Penyelarasan dan Penguatkuasaan Penggunaan Produk Biodegradasi Wilayah Persekutuan di Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN