AWANG memahami kekangan yang dihadapi oleh Kementerian Industri Utama (MPI) berhubung harga lantai dan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi membantu golongan pekebun kecil. Tidak dinafikan sedikit sebanyak IPG dapat membantu pekebun kecil apabila menghadapi kejatuhan harga getah. Insentif yang diguna pakai oleh IPG dengan matlamat akhirnya membolehkan pekebun kecil getah yang memiliki purata 2 hektar dan produktiviti cuplump sebanyak 3,000 kilogram/hektar/tahun menikmati pendapatan bulanan sebanyak RM1,100. Bagaimanapun nasib pekebun kecil hari ini bukan sekadar terkesan akibat kejatuhan harga tetapi masalah cuaca. Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hujan berpanjangan menyebabkan mereka…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya