BISIK-BISIK AWANG SELAMAT - 23 NOVEMBER 2018 - Utusan Malaysia

BISIK-BISIK AWANG SELAMAT – 23 NOVEMBER 2018

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AWANG menyambut baik kesediaan kerajaan untuk mengkaji polisi lama dan mengeluarkan peraturan lebih tegas berhubung penggunaan bahasa Melayu pada papan tanda jalan. Polisi yang lebih jelas amat perlu bagi memartabatkan bahasa kebangsaan dan mengelakkan kekeliruan.

Ketika ini polisi berhubung pemasangan papan tanda jalan adalah di peringkat negeri. Diharapkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dapat melakukan penyelarasan supaya polisi yang sama diguna di seluruh negara.

Apa yang penting bahasa Melayu tidak diabaikan. Tidak ada sebab rakyat Malaysia tidak boleh membaca perkataan dalam bahasa Melayu. Di samping itu, hormatilah peranan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Berhubung isu di Shah Alam, difahamkan mesyuarat Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Negeri Selangor pada 2017 memutuskan penggunaan dwibahasa papan tanda nama jalan. Bagaimanapun pelaksanaan itu tidak mendapat pelepasan DBP.

Awang tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak. Mereka yang memasang papan tanda itu perlu bertanggungjawab. Janganlah sesuka hati membuat keputusan. Setiap polisi yang berkait dengan kepentingan rakyat juga perlu dijelaskan bagi mengelakkan salah faham. Pihak berkuasa pula perlu bertindak segera menjawab persoalan tanpa menunggu isu ini tular.

AWANG – Patuh prosedur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×