AWANG menjunjung kasih atas titah Sultan Selangor yang mengarahkan supaya tanda nama jalan dikekalkan kepada satu bahasa, iaitu bahasa Melayu. Tindakan segera itu perlu bagi mengelakkan keresahan masyarakat dan menjadi lebih kontroversi. Semua pihak seharusnya menghormati arahan itu dan menghentikan tindak tanduk yang boleh menimbulkan salah faham masyarakat. Pihak berkuasa tempatan (PBT) pula perlu lebih berhati-hati. Berundinglah terlebih dahulu bagi mengelakkan salah faham. PBT dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)…










