Awang merasa lega dengan kenyataan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) hampir mustahil dilakukan kerana akan melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan. Dr. Mahathir menyedari realiti bahawa sokongan dua pertiga ahli Parlimen diperlukan bagi membolehkan ICERD dilaksanakan. Komposisi semasa ahli Dewan Rakyat jelas menyukarkan perkara itu dilakukan. Sentimen semasa juga tidak menyebelahi kerajaan. Ada sebahagian penyokongnya sendiri tidak bersetuju dengan cadangan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, P. Waytha Moorthy. Ahli-ahli Parlimen pembangkang awal-awal lagi menentang. Rakyat kebanyakan juga sudah menunjukkan bantahan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya