Awang mengikuti dengan teliti pemilihan PKR yang dijangka berakhir hujung minggu ini. Macam-macam cerita yang kita dengar dan pelbagai adegan dapat kita saksikan. Pertembungan sengit berlaku antara penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dengan pencabarnya, Rafizi Ramli. Tetapi sebenarnya Awang secara peribadi berpendapat, apa yang berlaku dalam PKR bukan sekadar pemilihan bagi mengisi jawatan sebaliknya pertarungan merebut kekuasaan. Jika selama ini, perbalahan di dalam parti itu sering…










