Betulkan segera ejaan salah - Utusan Malaysia

Betulkan segera ejaan salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA adalah antara ratusan ribu penduduk yang tinggal di Shah Alam. Apa yang saya ingin kemukakan di sini adalah tentang isu ejaan salah di papan tanda penunjuk arah. Sebagai penduduk Shah Alam saya fikir kesalahan ini tidak sepatutnya berlaku.

Sehubungan itu, saya meminta pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) segera memperbetulkan ejaan yang salah di papan tanda penunjuk arah terbabit. Papan tanda yang dimaksudkan terletak di Persiaran Masjid berhampiran dengan persimpangan Persiaran Tasik, Seksyen 14. Ejaan yang betul ialah Kompleks, dan bukannya Komplek.

Saya sendiri telah mengambil gambar dan kemudian salurkan maklumat itu kepada MBSA melalui twitter (@sacitycouncil) pada 25 Oktober lalu.

Selain itu, penulis telah menyalurkan informasi yang sama dengan menghantar emel kepada Datuk Bandar Shah Alam ([email protected]) pada 30 Oktober lalu.

Namun, sehingga aduan ini ditulis, ejaan yang salah di lokasi berkenaan masih belum dibetulkan oleh MBSA. Saya amat berharap MBSA bertindak segera kerana tidak sepatutnya kesalahan seperti itu berlaku.

HJ. KAMARUDDIN
 BIN HASSAN


Seksyen 8, Shah Alam

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN