KUALA LUMPUR 27 Nov. – 13 tahun menanti, akhirnya chef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley menyempurnakan amanat terakhir arwah ayahnya, Datuk Yaakob Mohammad supaya dia bersanding semula dengan isteri, Datin Azrene Ahmad. Dalam ucapan yang penuh syahdu, Fazley berkata, sempena ulang tahun ke-40nya, dia memilih malam ini untuk menunaikan pesanan ayahnya. “Saya masih teringat pesanan arwah ayah. Seminggu sebelum dia meninggal dunia, dia pegang tangan saya dan isteri dan berpesan,…










