Bernama nafi bantah cadangan penggabungan dengan RTM - Utusan Malaysia

Bernama nafi bantah cadangan penggabungan dengan RTM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menafikan laporan berita yang mendakwa pengurusan dan kakitangannya membantah keras cadangan penggabungan dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zakaria Abdul Wahab berkata, pengurusan dan kakitangan organisasi itu terbuka kepada cadangan penggabungan antara kedua-dua entititi seperti dicadangkan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia.

“Kami tidak membantah cadangan tersebut. Kami terbuka kepada idea itu,” kata beliau ketika menafikan laporan bertajuk “No RTM-Bernama merger” yang disiarkan oleh The Malaysian Reserve.

Laporan itu, antara lain, mendakwa bahawa cadangan penggabungan untuk mewujudkan gergasi media milik kerajaan secara rasmi telah ditangguhkan kerana bantahan keras daripada kakitangan dan pengurusan kedua-dua organisasi.

“Sebagai agensi kerajaan, pengurusan dan kakitangan Bernama akan mematuhi apa sahaja keputusan yang akhirnya dicapai mengenai perkara ini,” kata Zakaria. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN